Saturday, May 30, 2009

SILAM FEST 12 JANUARI 2010

URUSETIA 'Silam Fest' mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Koperasi Masyarakat Silam akan menganjurkan 'Silam Fest' pada 12 Januari 2010 selama 32 hari dan berakhir pada 14 Februari 2010 sempena Tahun Baru China dan Hari Valentine!

Silam Fest akan berkonsepkan 'Pelancongan Global' melalui penataran secara Glokal yang menghidangkan kepelbagaian tema tamaddun manusia antarabangsa berlatarkan sejarah dan alam semula jadi di Silam yang menganjur daripada Dent Peninsular ke Sipit Magai di Kunak.

Antara Peristiwa yang akan dilangsungkan selama lebih satu bulan termasuklah;

01. Sayembara Perahu Naga
02. Triathlon Antarabangsa
03. Pertandingan Memancing Antarabangsa
04. Pertandingan Perahu Layar Antarabangsa
05. Pertunjukan Silap Mata Antarabangsa
06. Pertandingan Jetski Antarabangsa
07. Pertandingan Mencari Harta Karun Antarabangsa
08. Pertandingan Antarabangsa Le Tour De'Silam
09. Pertunjukan Royal Circus Of London
10. Persembahan Kebudayaan Tempatan dan Dunia
11. Pameran Industri Kecil dan Sederhana Peringkat Antarabangsa
12. Pertandingan Homestay Terbaik
13. Pertandingan Hotel Terbaik
14. Pertandingan Restoran Terbaik
15. Pertandingan Pusat Pelancongan Terbaik
16. Pertandingan Teksi Terbaik
17. Pertandingan Rumah Penginapan Terbaik
18. Pertandingan Warung Terbaik
19. Pertandingan Bangunan Tercantik
20. Pertandingan Kampung Terindah
21. Pertandingan Lanskap Terbaik
22. Pertandingan Melukis Antarabangsa
23. Pertandingan Istana Pasir Antarabangsa
24. Pertandingan Bola Sepak Tradisi (Berkain Pelekat) Tertutup Untuk Komponen BN
25. Pertandingan Agensi Pelancongan Terbaik
26. Pertandingan Agen Pelancongan Terbaik
27. Pertandingan Lumberjack Antarabangsa
28. Pertandingan 'Orang Besi' (Strongman) Antarabangsa
29. Pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan
30. Taman Mini Malaysia
31. Mini Zoo Berkonsepkan Mata Burung
32. Pertandingan Melukis Mural Bangunan
33. Pertandingan Rumah Ibadat Tercantik
34. Pertandingan Membuat Teh Tarik Antarabangsa
35. Pertandingan Membuat Roti Canai Antarabangsa
36. Pertandingan Nyanyian Tempatan
37. Pertandingan Nasyid Tempatan
38. Pertandingan Muzik Tradisional Antarabangsa
39. Pertandingan 'Battle of the Band'
40. Pertandingan Pakiring
41. Pertandingan Makan Burger Antarabangsa
42. Pertunjukan Belon Panas
43. Fun Fair dan sebagainya

INFO LANJUT

Tapak Utama Pesta di cadangkan di TELUK SUIOUN atau TELUK KENNEDY di Silam. Manakala tapak Pameran Antarabangsa di POIC.

Majlis Perasmian dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Majlis Penutupan dijangka akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila email ke silamfest@gmail.com atau sms ke 0178100611.

Semua borang penyertaan boleh didapati daripada;

Koperasi Masyarakat Silam
Tingkat 1, MDLD 3975, Lorong 4,
Fajar Centre, Peti Surat 61337,
91122 LAHAD DATU, SABAH